Saturday, July 9, 2011




Tiba di sempadan negara dengan selamat diraikan dengan senaman pahlawan.jam 2 ptg berangkat pulang dengan semangat jati diri yang baru dan diharap kan peserta akan menjadi rakyat yang berguna kepada keluarga ,bangsa dan negara.


Merentasi sempadan negara jam 10 pagi mengunakan tali dan life jacket.
tiba di hujung peserta akan di benam kedalam air beberapa saat.


Bergerak ke jalan berbatu menuju ke garisan sempadan.sarapan pagi di atas jambatan yang telah musnah.dan bersedia untuk melintasi sempadan.


Bergerak menuju ke muara sungai dan kembali berkumpul di muara sungai dan menentukan semua ahli kumpulan berada dalam kumpulan masing masing.


Menuruni bukit jam 7 pagi melalui hutan dan anak sungai ketua kumpulan harus memastikan semua anak buah selamat dan menentukan teknik melepasi halangan tersebut.



Sampai dipuncak jam 5 pagi satelah semua musuh di tewaskan dan semua peralatan musuh dimusnahkan.
seterusnya solat subuh di puncak bukit dan sedikit kuliah subuh oleh ustaz.

Jam 2 pagi persiapan untuk berperang,musuh telah membina alat pemancar di sempadan negara,misi adalah untuk memusnah alat tersebut dan membunuh semua musuh,dan tiada tawanan perang.
perjalanan ke puncak bukit bermula jam 2 pagi melalui hutan tebal tanpa cahaya perjalanan dan pendakian dianggaran selama 3 jam.serangan harus dimulakan sabelum subuh.


Malam kedua tayangan video bangsa melayu menentang kominis dan arti kemerdekaan, jam 11 malam permainan bola api setiap kumpulan harus menghantar wakil.permainan hanya selama 10 minit setiap pelawanan.peraturan sebagaimana bolasepak biasa cuma bola tidak dibenar kan ditendang tinggi.


Malam latihan silat dan ilmu persilatan
serta perlawanan ujian.dalam ilmu persilatan dibekalkan dengan beberapa ayat al quraan dan secara tak langsung mendekatkan belia dengan agama disamping meninggal kan yang dilarang.


Solat subuh senaman pagi antara nya latihan silat,senamrobik dan komando rest.sarapan pagi.

Friday, July 8, 2011



Salepas pendaftaran dan makan tengah hari latihan akan di mulakan dengan perbarisan dan kawad.juga pembahagian kumpulan serta bilik.

Friday, June 24, 2011

Package motavisi dan aktiviti lasak




Salam satu Malaysia,

Salah satu dari perkhidmatan dan program yang kami sedia kan ialah package motivasi dan aktiviti lasak yang di kendalikan oleh jurulatih bertauliah dan bekas komando.
diantara program yang dijalankan ialah kawad,senaman,belajar asas seni silat,jungle tracking,mengharungi anak sungai,merentas muara sungai,permainan bola api ,ceramah motivasi dll.
program ini khas untuk belia bagi memperkasa kan semangat jatidiri,sayang kan negara dan pemimpin,mendisiplin kan diri,menghormati pemimpin,ibu bapa dan rakan,semangat kerjasama,mendekatkan diri dengan agama dan menjauhkan anasir yang tidak baik.semoga Allah memberkati usha mereka yang terlibat dalam semua program ini saperti kementerian belia dan sukan,pemimpin setiap DUN,setiausha kerajaan dan daerah dan mereka yang terlibat.